HARI 1
Bertungkus-lumus tanpa pandang kiri kanan, tanpa toleh depan belakang, tanpa henti tekan calculator, tanpa henti merasa diri aku ni bodoh sangat, entah apa yang aku belajar selama ni, apa pasal tak reti-reti lagi nak buat? Atau memang lumrah kedua-dua kertas Additional Mathematics memang macam tu? -.-
HARI 2
Berpeluh-peluh nerbes nak jawab Physics dengan keadaan kelas yang kena menanti kedatangan pegawaiapentahakutaksempatnakamiktau untuk tengok pasal PPDa dekat kelas, dengan tidak berapa senang hati kena jadi jurucakap pulak. Untunglah "mak" yang pilih. Haha. Kesudahnya, nasib baik takyah cakap. Tapi, nasib tak baik kerana masih lagi merasa diri aku ni bodoh sangat, entah apa yang aku belajar selama ni, apa pasal slow lagi? -.-
HARI 3
Bajet ready dengan tajuk spot Biology yang kalau baca semua macam tak pernah habis yang sudah dihafal serba sedikit. Sekali bila kertas soalan delivered je, otak aku yang pending. Nak ingat balik ape pasal tak pernah baca pun benda tu dalam tajuk tu yang ada dalam buku tu? Buat kesekian kalinya, aku masih lagi merasa ..... eh tak baik pulak ulang banyak-banyak kali. Dah sedia ..... kang bertambah ..... nanti. HA-HA. Aku tak tahu kenapa aku boleh tabah pulak masuk science stream kalau BEGINI perginya. -.-
HARI 4
EH, ni belum terjadi lagi sebenarnya. Dan takdelah scientific sangat pun. Hanya nak pergi menonton movie science fiction yang sedang hangat di pawagam. Cehwah. Entah boleh paham ke tidak? Haha, ape kata layan Real Steel esok untuk cuba menambahkan kemahiran scientific dalam diri kau tu wahai Imah budak science stream yang sungguh tidak scientific walaupun mempunyai nama scientific iaitu Homo sapiens. *Ape kaitan?
Nasib baik lepasni cuti seminggu untuk Deepavali dulu baru sambung 5 kertas scientific lagi. Harap-harap Chemistry, subjek science kesayangan aku tu taklah mengurangkan kasih sayang aku kepadanya. Chemistry jelah harapan aku untuk science subject. Add Math, Physics, Biology dah memang tolak tepi. Credit pun tak lepas agaknya. Semoga aku akan terus ada chemistry dengan subjek Chemistry tu. Sayu sungguh rasanya begini. Haha, nak buat macam mana kalau kau tu memang tidak berapa scientific?
Berkata tentang scientific, aku sebenarnya masih lagi mencari punca scientific mengapa pekerja Restoran Rasamas Taman Sri Serdang tidak boleh memasak seekor ayam untuk pelanggannya pada pukul 9.00 malam dengan alasan, "Dah pukul 9.00, kalau masak pun macam...." What the heck the macam about? Hamboi, teghabur English. HAHA. Tapi seriously, costumer is ALWAYS right so kau jangan nak macam-macam di sini! Nasib baik aku kenyang jugak makan nasi sejuk kau tu, kalau tak, aku dah panaskan kedai tu dengan kebakaran yang berpunca dari hati yang panas. HAHAHAHA, rasakan! -.-
Aku tak tau ape motif yang scientific tentang cerita hari yang penuh scientific dengan cerita Restoran Rasamas yang entah hape-hape ni. Tapi ah suka hati aku lah. Ni akibat tension dengan segala ke-scientific-an dalam hari hari aku semenjak Rabu yang lalu. Begini lah jadinya. Hohoho.
Tau tak sebenarnya aku tak suka semua ni? -.-
No comments:
Post a Comment