Cakap pasal hujung bulan je, mesti teringat duit gaji. HAHAHA, okay memoyos sedangkan aku gaji pun tak ada. Yang ada duit belanja bulanan yang didapati daripada tadahan tangan kepada emak secara percuma. Itupun sebenarnya duit gaji ayah. So, patutnya term hujung bulan tu layak untuk diperkatakan oleh golongan ayah-ayah sahaja. Bolehkah begitu? Mwahaha, mengarut. >.<
Hujung bulan tiga yang sibuk. Tengoklah update aku untuk bulan ni. Like seriously dua entri je? Kesian cik blog. Yelah, ai really busy okay. Hahaha memoyos lagi dan lagi. Tapi mungkin busy sikit laa. Bulan ni sibuk dengan latihan pantun untuk pertandingan Khamis ni yang kadang-kadang aku skip sebab malas nak mencari gaduh dengan orang yang "hebat". Sibuk juga dengan pertandingan Forum Remaja antara kelas yang suka-suka je masuk, sekarang dah kena pergi peringkat akhir, padan muka tambah kerja kau lagi. HAHA. -..-
Semalam, sibuk melenguhkan anggota badan pergi Kem PRS kat Janda Baik, Pahang yang sejuk, nyaman tapi memenatkan tu. Sibuk redah sungai dua hari berturut-turut. Sibuk night walk dekat jalan gelap cahaya bulan pun takdak. Sibuk berjalan nak cari air terjun yang sejuks gilos. Sibuk bersihkan darah kena pacat. Sibuk urut-urut jari tersepit pintu van t(-.-t) serta bermacam-macam kesibukan lagi.
Tapi bila tengok gambar bawah ni, aku rasa macam dah salah kem. Ini bukan Kem PRS, tapi macam Kem Nasyid. Bhahahaha, ada kawan-kawan gila yang semakin menggila. Kami semua terasa macam nak sertai pemilihan wakil nasyid sekolah. Tapi yang ada untuk lelaki yang ada suara je. Tapi kami perempuan yang ada suara kerana tidak bisu. Jadi, tak terpilih. Bagi melepaskan gian, kami praktis bergambar seperti ini. HAHAHA, sekian untuk makluman. :P
Bila balik daripada kem, jalan dah macam makcik. Pegang apa pun macam tak larat. Tapi takpe. Antara pengalaman terakhir seorang PRS sulung di sekolah. Tahun depan, selamat tinggal kepada kem sekolah kerana saya sudah tidak bersekolah. Yeyeahh~ >.<Sebelum kem, ada orang busuk yang jadi wangi bila gunakan minyak wangi telah mengirimkan saya beberapa buku rujukan SPM berserta ini. Ewahhhhhh. :')
Terima kasih kepada si busuk berkenaan. Terima kasih juga kerana mewangikan beg kertas itu dengan minyak wangi anda yang buat saya lupa tentang kebusukan anda sebentar. Hey, sebentar sahaja tau. Bukan lama-lama sebab anda memang busuk. HAHA, selamat 3 tahun si busuk. Terima kasih untuk semua. Semoga boleh pergi jauh lagi. :)
Terima kasih kepada si busuk berkenaan. Terima kasih juga kerana mewangikan beg kertas itu dengan minyak wangi anda yang buat saya lupa tentang kebusukan anda sebentar. Hey, sebentar sahaja tau. Bukan lama-lama sebab anda memang busuk. HAHA, selamat 3 tahun si busuk. Terima kasih untuk semua. Semoga boleh pergi jauh lagi. :)
Sekarang duduk seorang di rumah. Semua orang memang suka tinggalkan aku (konon-konon sedih). Makanan aku sejak malam tadi ialah telur scramble dengan roti. HAHA, dasar orang bujang. Itu je yang aku mampu. Nak pergi kedai malas. Nak order delivery rasa tak berbaloi. Baik aku makan sekarang sambil tengok Jalan-Jalan Cari Makan. Mana tahu boleh berangan macam aku yang makan sedap-sedap begitu. Mwahaha, sekian terima kasih. :P
March, thank you, i love you. ;p
No comments:
Post a Comment