Wednesday, March 7, 2012

Miserable Messy

TAPI INI ;

...sedikit sebanyak telah membantu menguatkan semangat aku menghadap hari-hari suram Ujian Mac yang berakhir esok dengan tidak berapa terserlah keberjayaannya. Ewah, ayat aku memang selalu tak menahan.

Impian tinggal harapan ke agaknya eh? Entahlah. Semua soalan berjaya menipu aku. HAHA, terima kasih Cik/Puan/Encik penggubal soalan kerana buat aku sedar aku ni selalu mengelat nak study. Yeah, this is what Sabahan people like Fitri called, "KETULAHAN".

Entah apa yang ada dalam fikiran aku agaknya sampai selalu mengelat. "Ujian minggu depan, minggu ni relax jerrr. SPM lambat lagi. Umur pun belum 17 lagi. Blablablabla." Alasan! Ni haaa Jumaat ni dah 17 tahun, apa pulak yang aku nak bagi alasan?
p/s : korang jangan bagi alasan pulak buat buat lupa hari jadi aiiii. hahahaha meniba~

Aku rasa, benda paling senang dalam dunia ni ialah bagi alasan. Blergh, mencik dengan alasan yang diberi oleh diri sendiri tapi masih buat jugak. Aku akhiri entri ini dengan ucapan, "Semoga diri sendiri takkan mudah bagi alasan lagi dan sedar diri bahawa peperiksaan besar kau tu tinggal beberapa detik sahaja lagi. SEMOGA~"

Semakin banyak kita belajar, semakin banyak yang kita tak tahu.

No comments: