Wednesday, October 16, 2013

End of Part One

Yehuuuuuuuuu, habis sudah my part one of diploma in computer science. Siapa sangka empat bulan tu bukanlah lama mana pun. Kejap je siot. Rasa macam baru semalam aku dalam dewan dengar taklimat sampai nak bernanah telinga masa MDS. Hahahaha. Kay, tau tu over sangat. Tapi serius lah tak lama mana pun. Tunggu budak matrikulasi masuk degree nanti baru aku terasa kot lamanya diploma ni. But who cares? Aku yang pilih diploma ni dan aku okay dengannya. :)

Serius lah, okay sangat sangat. Empat bulan ni aku ada roomates best, classmates awesome, lecturers okay, study pun okay. Apa lagi yang aku nak? Oh, nak result power. Hahaha kengkonon kan? Tunggulah 1 November nanti result keluar, macam mana pergi dia. Tapi setakat semester 1 ni, aku rasa aku okay lagi. Pointer aku sangat sangatlah perlu lebih 3.00 sebab aku kan apply JPA dan aku sangat sangatlah mengharapkannya. Insya-Allah kalau ada rezeki, adalah. Kan? :)

So, my part one "anjing" is okay. HAHA, why anjing? Aku pun taktau. Lain tempat lain tradition kan? Kat Lendu, bebudak part one biasa sangat digelar macam tu. Tahap seniority kat Lendu sungguh extreme tau. Serious ni, extreme sangat even dedua akak aku yang pernah belajar kat UiTM pun kata seniority kat tempat diorang tak se-extreme kat Lendu. But again, who cares? Aku tak kacau orang, orang tak kacau aku. Watlek watpeace yoo! 

Here are some of my part one "anjing" memories. LOL, seronok pulak panggil part one "anjing". Hahaha, mentang-mentang nak masuk part two kan? So part two apa? Kucing? Tenuk? Ke ba**. Ops, takleh taip. Ngahahaha. Gurau k. Siapa je suka kena gelar dengan nama binatang kan? Kemon lah, masalah psikologi ini semua. Back to my memories kay? Heeee. :)

Yang rajin melayan kerenah aku kat kolej tu, mereka bertiga ni lah. Mira and Ikin, the lovely super duper sweet roomates and the one and only jiran yang kira boleh in dengan aku is Ecah. Gonna miss you all! Jangan lupa aku tau, take care, I lovechu! :)

And this is all of my super duper crazy classmates yang kuat nganjing. See, sesuai sangat dengan gelaran senior bagi kan? Hahaha, aku harap korang part two nanti kurang kurang kan lah sikit menganjing tu ok? Tapi kengkadang diorang punya sweet boleh tahanlah dengan sewel diorang pun boleh tahan macam pesakit jiwa baru pulih selepas rawatan. HAHA. All 26 of you, hope to see you guys next sem, make sure kita boleh sekelas lagi tau. Kalau tak, hambarnya hidup aku next sem. Hehehe. Love you guys and gals! :)
I'm gonna miss my part one memories with you guys and gals. Pray for the best result at the first day of November soon. Hope to create more memories in part two with brand new experiences. Hope to end this Diploma smoothly. Insya-Allah. :)

PART ONE : END

No comments: