Hahaha, boleh mencarut dalam hati? Boleh kan aje. Geram kuasa maksimum gitu. Agaknya line apa yang okay sikit kat Lendu tu? Line yang murah, cepat, berbaloi? Celcom ke Digi ke U-mobile ke TuneTalk ke cane? Sumpah lah, dah annoying gila dengan Hotlink. Lepas habis subscribe sebulan 30 hengget yang membazioooor (tahap membazir yang teruk jadinya gitu lah!) ni aku tukar line lah. Effff je si Hotlink ni punya iklan "Kini internet 4G, lebih pantas". TAHI! Serious talk, TAHI gila. Nan hadoo 4G kau woi. Zzzzzz.
EH? Boleh tak salam perkenalan 2014 mula dengan makian kepada line telefon? Boleh kan aje! Hahaha. 2014 ni tahun baru yang boleh dikatakan hambar kot setakat ni. Belum apa-apa lagi dah serabut dengan macam-macam benda yang aku tak puas hati. Bukan masalah tak bersyukur ke apa, tapi memang tak memuaskan hati laa cerita dia. Pasal benda-benda tak bernyawa mcm line telefon ni, bolehlah aku menyuarakan kebengangan aku yang di tahap extravaganza dia punya luar biasa. Tapi pasal benda-benda bernyawa macam manusia ni? Haaaa. Cakap kang boleh terasa hati. Cakap kang boleh berpecah-belah. Cakap kang boleh putus silaturahim gitu. Better diam pendam dalam hati. Kalau tak suka pun, biar tak suka dalam hati lah. Doakan mana patut.
Kay, dah nampak macam takde arah tuju kan entri ni? Nampak macam dah tunggang langgang kan? Nampak macam dah takde kesinambungan kan? Hahahaha. Hanya baru mampu nak ucap SELAMAT TAHUN BARU 2014! Semoga tahun ni lebih baik daripada tahun-tahun sebelumnya. Babai! :)
Semester 2 ni dah mula tunjukkan belang. Rindukan patwan. :(
No comments:
Post a Comment