Friday, July 29, 2016

Azam Kelaut

Eh. Hai. Ni blog yang dah nak start berhabuk balik ke? Mana tukang cerita dalam blog ni ye? Haritu kemain sakan kata azam tahun baru. Sembang kencang kasi bimbang la wehh. Azam ke laut dalam dah lemas teruk dah. Hahahahahahaha. Nah tenung jela gambar tepi laut mana ntah ni buat cuci mata.

Emm emm emm. Saya lah tukang ceritanya. Dah berbulan saya memungkiri azam tahun baru tersebut. Maafkan saya yang sembang kencang kasi bimbang ni. Huhuhuhu.

You know what? Dalam berbulan yang aku memungkiri azam tahun baru aku ni, macam macam yang dah jadi. Dapat kerja, berhenti kerja, nak interview kerja, sakit perut, masuk hospital, kena bedah, dapat result sambung belajar masa dalam wad sorang-sorang, ke hulur ke hilir dengan luka bedah tak sembuh 100%, selesaikan semua urusan nak sambung belajar, start degree, first time duduk rumah sewa, first time jadi non-resident UiTM, sambung degree, dah habis dah pun satu sem, mula berniaga kecil-kecilan cari duit lebih untuk membazir (kahkahkah niat pun salah patutlah ngko jadi macam ni), kembali mereput sebab dah cuti sem, baru habis marathon drama korea 2 hari. Hahaha.

Tapi kejadian yang pelbagai ini amatlah membuatkan aku sedar kembali, bukan tak pernah sedar tau, tersedar balik semula je bahawa sekejap je Tuhan nak uji kau, tarik nikmat, beri nikmat atau apa apa sahaja yang Dia berhak buat ke atas hamba-Nya. Ha gitew dari segi ustazah nya. Dalam berbulan ni, aku tersedar nikmat sihat, nikmat masa yang aku ada selama ni. Nikmat yang aku selalunya macam nampak tak nampak je. Padahal bila dah kena tarik, tau kau menggagau nak ingat Tuhan nak cari Tuhan ucap Alhamdulillah semua. Namun, nikmat dan rezeki tu jugak kadang-kadang sampai bila kita tak sangka. Atau bila kita tak sedia tapi kalau dah memang baik untuk kita, kita terima dengan tahap kesyukuran luar biasa. Alhamdulillah untuk beberapa bulan yang aku hadapi ni. :)

Akan update lagi lain kali. Harini mood berblogging aku tetiba muncul kembali tapi sekejap je. Hahaha lepastu dia hilang balik nak tengok movie la tengok youtube la. Okfine. Kita sembang sembang lagi nanti ok cik blog. Sorry terabai lagi dan lagi dan lagi dan lagi. Huhuhuhu.

Nak kena berenang ke untuk cubaan selamatkan azam yang dah ke laut tu?

No comments: