Friday, September 2, 2016

Jualan Hebat

Hai semua. Minggu depan I olls dah start semester balik. Takdelah minggu depan sangat pun. Isnin ni je haa dah start kelas. Huhuhu. 2 bulan terasa cepat berjalan bila dah hujung hujung. Masa tengah tengah tu rasa macam lambat sangat masa berjalan. Haa itu la manusia, ada je nak complain. Hahahaha.

So sepanjang 2 bulan ni, apa I olls buat? I olls busy ber'business'. Amboi. Bukan main kan ber'business'. Benda yang out of my comfort zone sangat. Selalu terbayang suka membeli je takde rasa langsung nak menjual. 21 tahun hidup aku sangkakan aku takde minat langsung nak ber'business'. But now, I'm currently in the drop ship business field. Mula kecil-kecilan. Nak juga belajar business ni. 9/10 pintu rezeki kan daripada business. Lagipun, JPA dah tak tanggung aku. Nak harapkan mak tanggung, tak sanggup pulak nak menyusahkan. Jadi, dengan semangat tak nak menyusahkan orang lain dan nak belajar berdikari, aku pun menceburkan diri dalam bidang ini. Amboi ayat biografi majalah 3 sangat. Ahahaha.

Sebulan dua sebelum start, jenuh aku kaji pasal business senang tak perlu modal ni. Yelah, zaman sekarang kan macam-macam boleh buat. Antara nak dengan tak nak je. Nak 1000 daya, kalau tak nak 1000 dalih. Aku beriya kaji pasal drop ship. Aku baca pengalaman orang. Aku study social media orang yang buat drop ship ni. Lepastu, dah rasa "OKAY, THAT'S IT! I CAN DO THIS!", aku pun register jadi drop ship untuk beberapa supplier. Aku pilih supplier yang aku sendiri suka barang dia jual. Hihihi.

Konsep dia, supaya aku sendiri tertarik nak beli untuk aku dan boleh direct buat testimoni dari aku sendiri, jadi senang nak jawab kalau customer tanya nanti. Selain tu, aku sendiri boleh beli dengan harga agent. Hahahaha, indah betul hidup. Tapi tu satu hal nak kena kawal, nafsu membeli. Dah kena tukar jadi nafsu menjual sekarang ni. Kahkahkah.

Okay you alls, sekarang I nak mula menjual okay. *EHEM EHEM*

BYPIJANAIM

Berminat dengan pakaian wanita muslimah yang sweet, simple tapi menutup aurat? Mencari baju dan tudung murah? Boleh lawati Instagram @_bypijanaim atau Facebook page Bypijanaim untuk melihat pelbagai seleksi baju dan tudung yang semuanya berharga kurang RM100. Tak percaya? Kena tengok sendiri okay. Ada shawl bubble chiffon plain dan bercorak yang easy-iron (daripada Laila HQ), bawal turkey bidang besar yang cantik-cantik coraknya (daripada MunazaScarf) serta blouse labuh atau long top, baju kurung dan jubah yang semua lawa-lawa dan FREE POSTAGE (daripada AppleScarf)! Haa, okay ke okay? Mestilah okay. Jemput singgah dan jangan lupa follow ok.




DARA BY FATHIA LATIFF


Nak cantik macam Fathia Latiff? Teringin nak pakai tudung bawal dan shawl eksklusif daripada Fathia Latiff? Jom dapatkan koleksi tudung DARA by Fathia Latiff di Instagram @darabyfathialatiff.shawls. Ada macam-macam design untuk bawal dan shawl menggunakan material satin crepe. Material yang senang nak bentuk dan cantik flowy. Saya respond WhatsApp dan DM anda sepantas kilat sabung-menyabung serta petir haililintar!



Jadi para pembaca blog ni yang setia dan tak setia, yang baru mahupun yang lama, jemputlah singgah Instagram dan Facebook page saya sebagai tanda sokongan dan kasih sayang anda. Terima kasih ya. Meh sini nak muah ciked. Hihihi.

Mobile view gitewww. Hehehe.


Setakat ni, sales aku tahap amatur lagi. Untung pula lepas lah untuk beli buku nak start sem baru ni. Sekarang tengah tunggu keputusan permohonan pinjaman Tabung Pendidikan Melaka (TAPEM). Kalau dapat, dah lega sikit. Kena study hard study smart je, kejar first class degree then dapat study BEBAS HUTANG! Doakan keberjayaan aku mengumpul 9/10 rezeki yang ada ni dan dapat tajaan TAPEM tu. Terima kasih atas jasa kalian, Allah je mampu balas. :)

"The further you get away from yourself, the more challenging it is. Not to be in your comfort zone is great fun." -Benedict Cumberbatch

No comments: