Wednesday, August 25, 2010

Dadah Membunuh!


Dadah ialah apa-apa juga bahan kimia, samada asli atau tiruan, apabila dimasukkan kedalam tubuh badan secara disuntik, dihidu, dihisap atau dimakan boleh mengubah fungsi tubuh badan seseorang atau organisma dari segi fizikal atau mental. Yang pasti dadah tu membunuh kalau ambil lebih dos ya kawan-kawan.


Okay, dah. Takde nak huraikan banyak pun pasal dadah ni. Saja bikin gempaq. Haha. Tadi buat pertama kalinya stay sekolah sampai petang bulan bulan puasa ni sebab nak buat sudut PPDA. Haa, ni baru ada kena-mengena pasal dadah. Haha, biasa-biasa je. Sudut PPDA yang terPAKSA dibuat. Merepek terlebih dengan Filzah and Alia. Sappy! Haha, tembel. Lepastu pergi bazaar. Thanx Alia. :)

Cakap mengenai terPAKSA, aku cuma rasa macam "ergh!". Haha, tak dapat dispesifikasikan sebenarnya. Habis satu hari ni berdas-das tembakan kita kena dengan mereka-mereka yang lain. Aku rasa macam "ergh!". Minoriti buat hal (kadang-kadang majoriti), habis semua kena sekali. Diibaratkan macam seorang pusher membawa dadah, habis semua penagih membeli sama. Kadang-kadang yang tak buat salah yang rasa risau, yang membuatnya macam relax tak ambil peduli. -_____-"

Yang mereka-mereka pulak, tak habis-habis nak push kami terlebih-lebih. Apakah anda ingin menjadi pusher? Haha, tak, bukan. Cuma jangan begitu tekankan kami. Kami tahu kami bukannya baik sangat. Degil, attitude tak bagus, apa lagi kejadah semua gelaran anda bagi. Tak macam yang dulu-dulu. Kalau dah tahu begitu, kenapa bagi lagi benda yang bukan priority kami? Memang dah sah kami tak hingin nak ambil peduli. -___-"

Apa-apa jelah. Yang pastinya, dadah membunuh. HAHA, okay. Isi perenggan ke-5 dah lari daripada 2 perenggan kat atas ni. Haha, tadi masa salin kesan pengambilan dadah untuk sudut PPDA tu, semua nak stroke palang mati (stroke/mati). Jadi, kesimpulannya, janganlah mengambil dadah lebih dos. Dadah membunuh okay? :DD

DADAH MUSUH NEGARA. Wooo~ *sambil menggoyang-goyangkan satu jari di atas. HAHA!*

6 comments:

Ikram said...

wah , semangat anti-dadah !

Unknown said...

nnt nak try lah .
AHAHA
gueau jea .
:D

Unknown said...

gurau*

NAZ said...

jangan makan ubat walau sakit kerana ada dadah dalam nya haha

.imah. said...

ikram,
yehh. semangat bile dh kene sound ketepek. hehh. -___-"

iqbal,
elehh, cite je lebat tu.
haha, wekk! :P

naz,
hahh, boleh laa tu. mmg cayaa!
takde lagi masalah penagihan dadah.
yehh! haha. :P

Anonymous said...

Ya Allah,pupuskanlah dadah dari dunia ini.amin amin ya rabbalalamiin
.