Masa sampai, aku dengan tangkas, pantas dan lajunya pergi ke ruang novel PTS. Apa yang aku cari? Apa lagi kalau bukan buku Impiana I dan II. Tapi, aku sugguh KECEWA. Mengapa aku kecewa? Aku tak jumpa buku Impiana I, yang ada cuma Impiana II. Kalau ada Impiana II, tak ada Impiana I tidak ada gunanya juga. Tak tahu cerita dari awal. Betul tak? Disebabkan itu, aku hanya membeli Ini Suatu Cerita. Tak apa, aku akan beli lain kali. Buku tu takkan lari ke mana.
Jam dah menunjukkan pukul 1.30 petang. Dengan itu maka bermulalah sesi promosi buku Encik Ayah. Aku sangat sedih sebenarnya tengok promosi buku yang tak berjalan dengan sokongan ramai. Tapi, aku harap promosi yang lain akan lebih meriah. Encik Ayah, jangan putus asa yer? Chaiyok-chaiyok!!!
Dalam pukul 3 lebih, aku dan family semua bertolak ke Kuala Lumpur pula. Ada kenduri kahwin. Satu lagi pengalaman baru. Pengalaman pergi kenduri kahwin yang dah nak tamat. Semua dah clear. Tinggal kaum kerabat tuan rumah sahaja. Makanan pun dah bungkus dalam bekas. Tapi tuan rumah itu, tetap berusaha bagi kami makan juga. Terima kasih ye, Encik Tuan Rumah. Aku pun dah lapar, jadi BEDAL jelah. Hahaha. Kelakar betul!
Masa perjalanan balik ke rumah, singgah ke kedai Hypershop. Buat apa pula kat sana? Mencari tanah liat untuk Encik Adik Aim. Selagi tak dapat tanah liat tu, selagi tulah budak itu tak puas hati. Akhirnya puas hati juga budak tu dapat tanah liat. Begitulah hari Ahad yang sungguh indah ini. Ngeee~
LASTLY : Aku dan hari Ahad ini sungguh SERONOK. Sebab aku dapat juga beli buku walaupun 1. Saya gila buku bukan ulat buku ye. Ngeh ngeh ngeh....
No comments:
Post a Comment