Saturday, August 16, 2008

Sudah Tiba Waktu Cuti

Wahhh!!! Hari ini sudah cuti. Excitednya aku. Lepas ini boleh online sampai lewat malam, boleh tidur lambat, dan juga boleh bangun lambat. Tapi, selambat mana aku nak tidur dan selambat mana aku nak bangun, aku tak boleh lambat untuk siapkan kerja sekolah yang bertindih-tindih dalam beg tu. Aku target untuk siapkan segala macam kerja yang cikgu bagi tu, sebelum hari Khamis. Nanti hari Jumaat, Sabtu dan Ahad, aku boleh relax serelax-relaxnya. Chaiyok-chaiyok!!

Seperti semua orang, aku mestilah ada aktiviti semasa cuti selain siapkan kerja sekolah yang bertindih-tindih itu. Hari Ahad ni, mesti ramai yang akan pergi ke MPH MidValley untuk gathering Kelab Teman Tapi Mesra AinMaisarah. Tapi aku, tak dapat pergilah. Sedih betul. Aku kena ikut ayah pergi buat promosi buku dia juga di MPH Alamanda. Tak apa, lain kali aku mesti ada peluang. Hari Isnin pula ada bengkel kepimpinan. Tak sabar nak pergi. Yey!

Itulah antara 3 dari beberapa aktiviti yang akan dijalankan semasa cuti sekolah ni. Anda pula bagaimana? Ada aktiviti masa cuti sekolah ni? Kongsi-kongsilah ye.

LASTLY : Aku sangat CHENTA pada cuti sekolah! Ngeee~

No comments: