Dekat sekolah, sampai sampai je semua dah kecoh pasal result MRSM kan. So, aku dengan penuh semangat wajanya nak check kat rumah, walaupun ada orang offer check dekat Blackberry Curve tu kan kan kan? Haha. Punya semangat nak tengok skrin besar sikit. :P
Okay, terus taip No. Kad Pengenalan. Takde pulak suruh letak angka giliran. Ni yang malas ni. HAHAHA, kecoh betul laa luu. Kawan aku ade sorang yang dapat tapi dia cuba enam kali baru tau dapat. Aku dengan taknak kalahnya cuba sepuluh kali. HAHA, nak gempak je lebih. Tapi, ini jugak ayat yang aku dapat. E'eleee, lebih kurang je ayat dengan yang INI. HAHA. ;p
Permohonan anda tidak berjaya. Sila klik di sini untuk menghantar rayuan..
Dah, ini janda keputusan yang dinantikan tu. You see! Aku dah agak memang tak dapat pun. AHH, firasat ni tepat, tuntas dan telus. Yeah! Hahaha. Memang dah nasib aku since Form1 lagi, nak masuk sekolah lain memang tak pernah berjaya. Janganlah bila nak masuk U nanti tak berjaya. Memang aku menangis lah. Mintak dijauhkan sejauh-jauh yang boleh! Hee.
Perasaan? Sekali lagi aku rasa entah. Haha, aku bukannya target sangat pun nak ke mana-mana. Dan dengan keputusan ini, aku dengan senang hatinya saya akan meneruskan peringkat menengah atas untuk dua tahun ini di SMK Seri Serdang.
Eh, kejap. Tak berapa senang hati sangat. PLEASE, tukar kan cikgu cikgu yang tidak sepatutnya kepada yang lebih patut. Kalau tak, habis aku lunyai tak faham, blank, tak gheti dan sebagainya. Pleaseeeeeeee! -.-
SMK SERI SERDANG, semoga dua tahun yang mendatang ini memberi memori yang cukup bermakna dalam hidup aku. Cehwah, ayat macam taknak skema rama rama lagi. HAHAHA. :P
4 Setia 2011, semoga hari hari yang mendatang selepas ini mampu menyelesakan aku pada benda yang tak selesa dan mampu mengurangkan kerinduan aku untuk tahun tahun yang dah lepas. Yeyyy! :)
Esok pergi Janda Baik dengan penuh rasa lega sebab tiada lagi penantian yang harus ditanggung. Sesungguhnya, penantian itu satu penyeksaan. HAHAHA, dah macam lirik lagu pun ada jugak. xD
Selamat menjadi warga SMKSS yang sejati, Imah. Haha. :D
2 comments:
aha .. tahniah kerana diterima masuk ke SMK SERI SERDANG .. hehe
ikram,
ye, yee yeee! TEGHIME KASEYYY!
hahahaha. :P
Post a Comment