Nampak macam perenggan mula dah huru-hara dan takde tujuan kan? Sebab memang pun. Aku umpama takde tujuan je sekarang ni. Ewah kemain. Tapi ini hampir serius lah. Belum serius sangat pun. Sejak bila aku hilang tujuan ni? Sejak aku dapat tau result SPM beberapa hari yang sudah. Sejak tu lah aku sedar aku ni sedikit gila dan semakin hilang arah. Manakan tidak? Apa yang aku tak harapkan, itulah yang aku dapat. TAPI, kau kufur nikmat ke hape kalau tak bersyukur kan? SUMPAH, aku bersyukur sangat-sangat-sangat (darab infiniti).
Biarpun lambat sampai sekolah. Biarpun kengkawan lain dulu tahu keputusan aku sebelum aku. Biarpun terlepas glemer naik atas stage. Biarpun terlepas nak jumpa semua kengkawan yang dirindui. Biarpun banyak cikgu yang tak sempat dijumpai. Biarpun seksa rasanya perjalanan dari Melaka-Shah Alam ke Serdang sampai rasa macam nak bom semua lampu isyarat yang ada masa perjalanan. Biarpun nerbes baq ang bila masuk sekolah pi dewan tapi dewan dah nak kosong. Biarpun aku check guna SMS pun lambat jugak. Biarpun lah semua semua tu. Aku tak henti bersyukur sejak pukul 1.30pm, 21/3/2013. ALHAMDULILLAH.
Aku sebak pastu terus nangis part Puan Zawiah peluk aku and cium-cium pipi dugongku ini. Hahaha, taktau lah apa yang ada kat Puan Zawiah tu, bila part aku peluk dia je tak kira bila-bila masa pun aku nangis, siap teresak-esak sampai lembap tudung mahal dia tu. Peluk dia tu, cium dia tu and apa yang dia bisik kat telinga aku setiap kali dia peluk aku tu sangat-sangatlah mengharukan. Serius ni. Terima kasih cikgu! Saya tau saya bukan anak murid cikgu yang paling cikgu sayang, tapi cikgu lah cikgu yang paling saya sayang. Dan akhirnya sebagai penutup dapat jugak saya banggakan cikgu sikit. Daripada fail, ke kredit sampailah di hujung cemerlang sikit yang manis. Tak sangka gila lah! ALHAMDULILLAH.
Dan kepada Puan Noraini cikgu Kimia yang paling suwit sekali, terima kasih jugak peluk saya sambil cakap saya makin comel dan tanya saya makan apa. Saya tak makan apa-apa sangatlah cikgu. Saya makan, tido, makan, tido je cikgu. Tak sangka boleh comel begini. Muahahahahahahahahhahahaha. Cikgu-cikgu lain yang tak sempat jumpa tu pun terima kasih jugak. Saya sayang cikgu kuasa infiniti tau. Begitu juga dengan rakan dan taulan semua. Tahniah! Kita dah habis zaman sekolah lah! ALHAMDULILLAH.
Untuk mak dan keluarga yang banyak bagi semangat, terima kasih kuasa infiniti. Kalau takde mereka ni yang ajar aku jadi kuat dengan apa yang kitorang hadapi tahun lepas, mesti aku tak dapat hasil yang begini. Mesti aku dah terbawa-bawa emosi melayan perasaan gitu kan. Untunglah aku dikelilingi mereka yang kuat dan tabah untuk aku jadi kuat dan tabah jugak. ALHAMDULILLAH.
Okay. Entri ni macam nak panjang dengan perkataan je kali ni. Aku takde gambar pulak nak tepek. Dan aku ada banyak pulak nak ditaip sahaja. Berperenggan-perenggan ni nanti. Siap sedia okay? Kalau tak sempat, bookmarks dulu kendian baca nanti. Kalau tak hingin, boleh lah berhenti. Ni luahan rasa ni. Hamboi kemain. Dan nak semakin serius entri ni. Hamboi kemain lagi. Okay serius...
Dengan apa yang aku dapat ini, aku bersyukur sangat-sangat-sangat (darab infiniti), ALHAMDULILLAH. Dan aku tau dengan apa yang aku dapat ini akan mula membuka mulut orang ramai di samping melontarkan pendapat masing-masing. Aku sudi mendengar dan terima semua yang dikatakan. Aku jawab semampu yang boleh. Aku cuba faham sedalam yang mungkin apa yang mereka katakan. Aku tahu apa yang mereka cuba nak sampaikan. Aku mengerti apa yang aku jawab tu banyak meninggalkan 'sesuatu' kepada mereka. Jadi di sini, biarlah aku cuba buangkan 'sesuatu' itu daripada mereka.
LEPAS NI NAK SAMBUNG BELAJAR MANA? Aku garu kepala sambil jawab diploma dekat UiTM je kot. 'Sesuatu' telah mula membelenggu. KENAPA TAK AMBIL MATRIKS/ASASI, KAN CEPAT? DIPLOMA NANTI KALAU KERJA GAJI TAK BEST. Aku sengih. Di sini aku nak terangkan supaya kalian faham dan tak bertanya soalan sama lagi yang mungkin akan mengganggu-gugat aku yang baru cuba belajar nak tetapkan pendirian ini. Aku tau matriks/asasi itu satu jalan yang paling cepat untuk masa depan aku. Aku tahu jugak kemampuan aku yang sedikit lembab untuk masa secepat tu. Tapi aku tak tahu apa mungkin jadi dekat aku dalam masa secepat itu yang mungkin menggugat masa depan aku sendiri. Memang tak elok pessimistic begini tapi cuba pandang jauh, aku nak jaminan bukan nak cepat. Aku bukan nak tergopoh-gapah untuk masa depan aku. Biar lambat, asal selamat, hati pun tenang. Diploma pun dapat bagi aku banyak pengalaman dalam masa yang kalian kata lambat tu. Kerja? Gaji? Itu semua hal rezeki nanti. Insya-Allah, Tuhan Maha Pemurah akan bantu aku. Aku percaya yang rezeki tu kuasa Tuhan. Aku usaha, aku tawakkal biar banyak atau sikit itu semua rezeki dan wajib disyukuri.
LEPAS NI NAK BUAT APA? Dalam nada bergurau, aku jawab nak balik rumah kat Melaka. NAK SAMBUNG MEDIC? ENGINEERING? Sambung kalian lagi. Aku cuma geleng sambil buat muka tak mahu. Inilah 'sesuatu'nya bila aku kata aku taknak teruskan dalam bidang sains yang rumit macam tu walaupun aku dua tahun kat kelas pure science untuk SPM. Minat aku sangatlah bukan pada sains. Jangan kalian persoalkan minat aku walaupun keputusan aku begitu. Pada fikiran aku, bila aku buat medic, habislah semua orang sakit bertambah sakit dan bila aku buat engineering habislah semua machine tak siap-siap, bangunan pulak habis runtuh. Pasal apa? Pasal aku tak minat dan tak sanggup nak terima stress yang ada di bidang-bidang ini.
LEPAS NI NAK BUAT COURSE APA? Bila aku jawab sains komputer/pengurusan, 'sesuatu' membelenggu lagi. Antara kalian ada yang bersahutan, "SUSAHLAH NAK DAPAT KERJA COURSE SAINS KOMPUTER TU","RESULT MACAM NI NAK AMBIL PENGURUSAN JE?". Aku sekali lagi memohon kefahaman kalian untuk tidak mempersoalkan minat aku. Aku rasa semua course ada baik buruknya, ada susah dan senangnya. Kalian pernah dengar rezeki ada di mana-mana tak? Itulah yang aku cuba pengang. Dan tak kira lah macam mana pun keputusan aku, aku tetap layak dan aku suka. Mohon tidak diganggu-gugat pendirian ini.
LEPAS NI NAK PERGI UNIVERSITI MANA? FLY OVERSEA? Aku geleng sambil jawab UiTM dengan yakinnya. Kalian seolah-olah menyimpan 'sesuatu'. Pertama, soal luar negara. Aku cuma ikut pesan arwah ayah. Dia tak benarkan anak-anaknya keluar negara untuk sambung belajar. Biarlah kalian kata kolot pun. Buat apa aku nak belakangkan pesan arwah ayah aku dan kengkonon excited boleh pergi oversea? Aku sendiri rasa aku tak layak nak pergi oversea. Kalau aku pergi juga, kata-kata ayah mungkin menghantui aku sampai ke sudah. Malaysia pun bukannya takde universiti bagus. Orang yang belajar kat universiti Malaysia pun bukannya takde masa depan. Aku sendiri pun tak pasti boleh ke aku bertahan di tempat orang untuk menjadi orang yang sama seperti sekarang. Buat apa nak rasa glamour bila belajar di luar negara tapi nanti balik jadi tak sepatutnya?
Kedua, soal universiti. Kalian kata aku tak patut masuk UiTM je dengan result begitu. Orang yang masuk UiTM resultnya begini-begini. Tapi aku tahu aku layak. Jadi, apa persoalannya lagi? Oh, UiTM tak glamour macam universiti lain, UiTM mudah sangat dan tak banyak persaingan. Galaknya mempersoalkan. Tapi pernah kalian fikir soal kewangan aku? Kalian tahu aku sudah tidak ada ketua keluarga yang kalian ada untuk menyara pendidikan aku selepas ini? Ini bukan ayat kesian, tapi hakikat kehidupan. Aku tau aku bukannya miskin tegar. Ramai lagi yang kewangan mereka lagi kurang daripada aku. Mungkin boleh ke mana-mana universiti dengan biasiswa. Biasiswa boleh dapat, tapi adakah aku ada jaminan yang biasiswa tu mampu menanggung SELURUH pendidikan aku sampai ke sudah dicampur tolak darab bahagi perbelanjaan lain nanti? Memandangkan kos di UiTM paling murah kalau nak dibandingkan dengan IPTA lain, apalah salahnya aku ringankan beban mak atau wali-wali aku untuk tanggung aku ni nanti. Aku cuma nak membantu sebab aku perisau. Aku risau dengan adik-beradik yang lain yang ada keperluan juga.
Aku tahu, tak pernah lagi agaknya ada orang yang mentaliti macam aku ni. Orang selalu nak cepat, aku nak lambat. Orang selalu nak yang bagus-bagus, aku nak yang biasa-biasa. Tapi itu semua kelaziman orang lain. Bukan aku. Bukan aku dan bukan aku. Aku ulang lagi, bukan aku. Aku mahu yang lambat, biasa dan aku rasa tak menyusahkan supaya hati aku selalu ikhlas buat apa-apa pun di kemudian hari. Aku tak mahu menyesal sebab tak ikut kehendak sendiri yang disokong family dan ikut cakap-cakap orang yang tak banyak membantu. Aku rasa aku pilih kepuasan daripada fame. Aku mohon maaf kalau perenggan-perenggan di atas ada yang mengecilkan hati kalian. Aku mohon maaf kalau perenggan-perenggan di atas tidak bersesuaian dengan pendapat kalian. Ini hanyalah pendapat dan luahan hati si hingusan picisan dan kolot dan cuba belajar untuk tetapkan pendirian macam aku ni. Betulkan andai aku salah. Terangkan andai aku kurang faham. Maafkan andai aku terkasar. Kalau aku nampak bodoh sangat dengan entri ni, mohon kalian bantu untuk pandaikan aku. Ruang komen dibuka seluas-luasnya. Tolonglah bagi pencerahan secerah yang mungkin eh? Aku bukannya membuta-tuli nak menolak pandangan kalian. Aku terima cuma tengok kepada logiknya pendapat itu untuk keadaan macam aku ni haa.
Betul kata mak. "Kita tak mampu nak tutup mulut semua orang. Macam-macam orang nak bagi kau pendapat. Yang membantu, yang tak membantu, yang betul dan yang salah. Semua orang boleh bercakap. Biarlah orang nak kata apa, masa depan kau bukan mereka yang tentukan. Masa depan kau atas diri kau sendiri. Bukan orang lain yang kena usaha untuk masa depan kau. Kau yang patut usaha untuk masa depan kau. Ikut kau lah, kau nak buat apa lepas ni. Janji kau suka dan tak menyusahkan orang lain. Janji kau tak malukan mak ayah dan keluarga kau."
Kalian boleh berkata-kata semahu-mahunya. Tapi aku rasa aku manusia yang beruntung, ALHAMDULILLAH. Aku ada keluarga yang selalu sokong apa yang aku nak dan apa yang aku suka buat untuk masa depan aku. Tak pernah nak persoalkan, tak pernah nak memaksa sebab ini masa depan aku. Sokong keputusan aku apa adanya. Jadi, tak perlulah aku pandang berat kata-kata kalian yang cuba menggugat pendirian aku. Cuma aku rasa, kalau ada ayah lagi mesti aku lagi yakin nak buat keputusan. Hmmm. Al-Fatihah untuk ayah.
Tak sangka aku boleh jugak ikut pesan terakhir ayah kat aku. Masa depan aku panjang lagi. Aku tak patut gunakan keadaan ayah dulu sebagai alasan untuk tak fokus demi masa depan aku. Tak sangka hikmahnya jadi besar begini dengan apa yang terjadi kat aku tahun lepas. Tahun yang paling 'sakit' dibalas dengan sesuatu yang manis begini. Kalau ayah ada lagi pun, aku tahu dia bangga dengan aku. ALHAMDULILLAH walaupun ayah tak dapat celebrate kemanisan ni dengan aku. :')
Apa lagi eh? Haaa. Dah kot. Tu je kot aku nak membebel selepas berjam-jam entri ni aku taip. Entri paling bernada dewasa yang pernah ada dalam blog ni kot. Maklumlah dah lapan belas tahun dan comel atotototo. HAHAHA. Poyo enough. Bila perenggan last-last ni memang hilang sikit kedewasaan. Lantaklah. Yang penting puas dengan apa yang nak di-publish post-kan ini. Maaflah andai mata kalian berpinar baca beratus-ratus perkataan semata-mata dalam entri ni. Hehehehe. Sekian terima kasih dan baibai. :)
ALHAMDULILLAH. *iras suara Nasir Bilal Khan* ;)
4 comments:
Owh ok..first visit...;)
Agak melankolik dekat situ...hahaha...tp betul dan benar belajar jadi dewasa..buat pilihan sendiri..cikgu akan menDOAkan yang terbaik sepanjang perjalanan hidupmu darling..God Bless..;)
Oh dear. You just opened my eyes. Srsly. Will pray the best for you. Love you dear bestfriend :)
Akak dah melalui ape yang imah lalui ni. Akak lagi la, result teruk. Pastu masuk poli, amik koz setiausaha, orang pandang sebelah mata je. Macam "koz setiausaha? blajar ape tu?" Kengkawan sume masuk uitm, bangga2, akak je tercampak kat poli.. Tapi skarang akak dah boleh tanggung diri sendiri, kete sebijik, dah tak mintak duit mak ayah dah. Berdikari sendiri. Dengan gaji diploma je. *flip tudung bawal*
Pokoknya, ape-ape pun buat sungguh2 ok? Good luck! :)
okay, sakit tengkuk baca entri kali ni, boleh buat novel lagi satu ni. haha. tahniah lagi sekali dengan keputusan awak haritu. betul kata-kata mak awak tu. "biarlah orang nak kata apa, masa depan kau bukan mereka yang tentukan", saya dulu pun terpaksa redha dengan keputusan saya ni, orang pun macam pandang rendah je, yelah dulu malas belajar, haha, sekarang masuk institut je, tak sampai tahap diploma pun, tapi pertanian satu perniagaankan, boleh buat duit poket lebih haha, btw bersyukur jugak dapat sambung belajar daripada melangut kat rumah goyang kaki menghabiskan beras je kan. apa apa pun, saya doakan awak berjaya untuk masa depan awak, insyaAllah, "majulah diri untuk negara" LOL gurau* :)
Post a Comment