Thursday, December 26, 2013

Iman Akeed bin Hanif

Haaa, nama pakwe baru ke? Hahahahaha, jangan mengarut. Let me introduce, Iman Akeed bin Hanif, born on 26/11/2013, my first ever nephew. Exited sangat tau feeling dia bila dapat anak buah pertama ni. Dahlah suka baby, lamaaaa gila kat rumah takde baby. Bila ada Iman ni, meriah je rasa. Heheheeee.


Dah jadi makcik dah aku weh! Tapi calling me as makcik makcik like kurang ajar gila, aku sepak mulut tu kang! Tapi senanya, lantaklah aku macam makcik makcik pun sebab aku tak mintak duit kau pun jadi macam makcik makcik ni, apatah lagi kacau kau berak. Hahahahaha. Serius ah, calling me macam makcik makcik tapi sila sedar diri, makcik ni jugak yang korang cari-cari bila nak dekat quiz test exam kan? Eh, dah terbawak-bawak pulak. Hahahahaha, dah lah! Jangan nak lari tajuk lagi.

Senanya, pasal Iman ni lah sebenarnya aku nak cerita dalam entri lepas. Apa kejadah entah tetiba membebel pasal internet pulak kan? Hahahaha. Yang entri ni pun, nak cerita pasal Iman pun boleh hampir lupa diri kejap. Nasib baik teringat Iman balik. Kalau tak, melalut pulak aku luahan perasaan kat sini. Ahaks.

So basically, I'm a makcik for Iman Akeed only. Tu pun tak gemar ah nama makcik. Kedesaan sangat. Hahaha, Iman Akeed, you can call me Cik Imah. Sweet and simple gitu kan? Hahaha. Cik Imah shayang Iman Akeed sheshangat mangat. Cik Imah suka betul kalau dapat gomol Iman sampai muka Iman merah tahan geram tu. Hahaha. :3
Tapi Iman Akeed dah balik rumah dia kat Johor dah. Kakak ipar yang patut habiskan pantang kat sini dah balik Johor. Jadi rumah kembali sepi takde budak kecik comel ni. Takdelah aku bangun pepagi terus memburu Iman lagi bila time cuti. Hmmm, Cik Imah miss you already laa Iman. Baru kejap je nak main-main ngan Iman lebih sikit. Tapi takpe, next time Iman balik rumah nenek kat Melaka ni, Iman mesti dah pandai meniarap tau, pandai main lebih sikit lagi bagus. Lagi kena gomol. Hahaha. :p

Sementara Iman takde ni, sebagai tanda rindu dan sayang Cik Imah dan Pakcu Aim, kitorang buatkan gambar ni khas untuk anak buah kitorang yang tersayang iaitu Iman.

Hahahahahahahaha, nasib awak laa Iman, jadi anak buah pertama untuk keluarga kuat majaal ni. Cik Imah dengan Pakcu Aim sampai sakit perut gelakkan gambar ni. Takpe, awak tetap comel dan kami sayang awak lebih. Mwaaahhhhh! Selamat sebulan anak buah kesayangan Cik Imah ni. Semoga jadi anak yang soleh untuk ibu ayah ya, Iman Akeed! ;)

Lebih anak buah, lebih meriah! :)

1 comment:

iqbal said...

awak la tambah kan anak buah tu haha