Sunday, December 22, 2013

Keluh Kesah, Ada Kau Kesah?

FUHHHHHH FUHHHHHHH! Hiyahhhhhh! Bersawang lagi Cik Blog ini. Maaflah Cik Blog, kengkadang ada kesempatan tapi nafsu ber-ketak-ketak atas papan kekunci ni takde. Kengkadang pulak nafsu berblog tu sampai, kesempatan pulak takde. Manusia sungguh! Penuh dengan alasan. Ngehehehe.


Tapi betul laa tu. Bukan alasan semata-mata. Pasal blog ni, selalu aku jengah kejap kejap je bila guna PC dalam library takpun dalam lab computer. Student science computer kan banyak guna lab computer. Dalam seminggu, tiga kali kelas kat lab. So tiga kali tu jugak guna PC berinternet sepuas-puasnya selagi lecturer belum masuk. Sekali lecturer masuk, memasing menggelidat off monitor. Kalau tak perasan kemasukannya, haa dah kantoi dengan lecturer. Padan lah muka. Kalau kat PC library pulak, segan baq ang nak guna buat benda-benda yang lagha sebab nanti orang lalu-lalang kat belakang nampak. Hilang husnozon diorang kat aku. Hahahaha. Boleh je kalau guna wi-fi UiTM Student tapi lembab dia boleh tahan mengundang maki jugak, dahlah line kuat kat area library je. Hambar betul.

Lagipun internet makin susah dapat sekarang ni. Kat Lendu sekarang ni, line mobile internet macam ....... hish nak taip kang kata aku mencarut. Tapi memang rasa nak mencarut pun lah. Hahaha. Aku pun rasa sedeyh pedeyh je subscribe mobile internet sebulan 350MB tu. Lembab dia, nauzubillah betul. Lepas untuk whatsapp dengan twitter je, tu pun kengkadang kena bahan sebab pending. Padahal aku dah hantar whatsapp tu lama dah. Pffft betul. Broadband? Tak mampu. Ada portable modem Yes tu pun Aim kedekut tak bagi aku bawak pi Lendu sana tu. Kalau bawak pun maybe ada masalah line jugak. Pergh, Lendu kini bukan sahaja terkenal dengan masalah lalat, malah masalah line juga. Hahahaha.

Memandangkan sekarang cuti mid-sem dua minggu, aku pun dapat kembali menikmati internet dengan kadar yang memuaskan. Itu pun awal-awal je ni. Masalah internet berkuota pulak. Haisehmen, bila ini Kg. Pantai Hilir boleh guna Unifi haaaa? Terseksa jiwa raga aku nak update apps bila fikirkan limited internet ni. Sedeyh pedeyh sungguh rasa! Ini dah dapat mesej reminder daripada Yes, "You have reached 80% of your data quota". Aku baru balik dua hari kot? Hahahaha, dah pi lenjan drama 3 episod yang terlepas haritu mana tak 80% kan? Alaa, drama Lestary yang Remy Ishak berlakon jadi hero tu. Drama romantik komedi ni memang susah sikit aku nak resist. Hehehe. Serius menyiksakan jiwa doh limited internet camni. Aku rindukan Streamyx di rumah Serdang, seriyussssss!


Eh? Ada cincin. Saje kan mengundang spekulasi? Hahahaha, nan hado apa-apa makna cincin tu. Eh kejap. Ada maknalah. Makna kasih sayang daripada mak. Tu cincin hadiah tamat persekolahan merangkap cincin simpan duit kahwin memandangkan harga emas kan makin naik. Hahahaha. Simpan duit kahwin je, kahwinnya of course laa lama lagi kan. Tapi takdelah lama sangat. EH? Kang kata nak kahwin awal, Along menjeling pulak. Ahaks, sila sedar diri calon takde, layak pun belum. Tapi kalau dah jodoh tak ke mana kan? Bak lirik lagu Afgan, "Jodoh pasti bertemu". Buat Encik Jodoh, walau di mana pun awak berada sekarang, semoga kita bertemu kelak, saya setia menanti awak di sini malah saya sudah sediakan ruang di hati yang mencukupi untuk awak duduki. Kehkehkeh, gatal tak hengat, mohon garu lebih sikit!

Amboi, off the rail kejap tadi. HAHAHA. Berbalik kepada gambar tu semula. Apakah objektif gambar itu sebenarnya? Aku nak tunjukkan, tu laa portable modem Yes 4G yang aku guna kat rumah ni sekarang. Yang berlimit 4GB sebulan tu. Namanya ialah YES .imah., kengkadang brother brother and sister sister gua balik diorang bantai tukar nama jadi NO .imah. pasal bengang internet lembab. HAHAHA. Boleh tahan tak berpatutan senanya, tapi takde pilihan lain. Kebetulan yang ni yang kawan mak rekemen masa baru nak pindah Melaka haritu, so subscribe laa yang ni. Contract 2 tahun, lepas 2 tahun ni rasanya nak terminate, harapnya time tu Unifi atau apa-apa internet unlimited dah boleh diguna pakai oleh penduduk Kg. Pantai Hilir. Kena bawa hal ini kepada YB laa jawabnya. Hahaha, okay jangan over.

Sedar tak sedar berapa banyak dah aku membebel pasal internet je dalam entri ni. Hahaha, aku ni kan senanya insan yang boleh tahan takleh hidup jugak kalau takde internet. Rasa melayang-layang macam tak dapat dadah jugak ah bila sehari tak connect dengan internet. Woi siapa jumpa internet ni woi? Dialah yang bersalah buat aku cemni. Dari darjah 4 kot aku mula hanyut dan khayal dengan menatang ni. Dadah betul. Hahahahaha.

Eh, apa aku membebel tak tentu hala ni? Hahaha. Senanya nak cerita lain tadi, tapi dah melalut pulak. Next entri laa. Cuti dua minggu kan? So motif update ni macam ntah pape sikit. Nak merungut dan berkeluh kesah laa kiranya. Eleh, dasar manusia tak sedar diuntung kan? Merungut je tahu. Ya, baiklah. Aku sedar diri. Nak undur diri. Jumpa lagi di lain entri. Ada cerita happy! Huyeh huyeh heeeee! *bunyik macam orang asli* *amboi berirama laa pulak, hahaha*

Menanti internet yang pasti! K poyonya. xD

1 comment: