Showing posts with label CONTEST. Show all posts
Showing posts with label CONTEST. Show all posts

Saturday, March 19, 2011

Contest BFF Paling Happening

Saya yang sedang merindui kawan kawan yang disayangi ini rasa macam nak join contest BFF paling happening ni. Macam happening je contest ni. Jom join! Ini banner contest! Nak tahu lebih lanjut boleh click SINI! :)
Well, they are my BFF ever. Seriously! Diorang sangat happening! Aida, Anode, Ainaa, Alia, Filzah, Syafira, Shahida, Husna, Fatin, Adilaa! Rindu korang doh! :D
Lawatan ke Genting Highland lepas PMR. Seriously, miss that moments SO MUCH! Sangat happening. Belah belakang bas tu macam kita punya. Membahan orang, gelak gelak tak ingat dunia. Gila betul, HAHA, sangat rinduuu. :')
Kitorang memang suka ambil port belah belakang. Haha, ni dekat belakang kelas. Tengok laa happening punya pasal, siap sanggup baring tepi tong sampah macam tu. Kalau kat kelas tu, suara kitorang tak main slow slow ni. Memang volume lapan habis lah. Cikgu selalu complain. Haha. x)

Hmm, kenangan tiga tahun lepas. Well, zaman menengah rendah dah habis. Sekarang raaaaaamaai yang dah pindah. Sayu betul rasanya. Takde lah kat kantin tu bising suara kitorang je. Sekarang ada jugak, tapi tak sebising tiga tahun sebelum ni. Tinggal 3-4 orang je yang masih ada kat Serdang ni. Sedih kan? :(

Takpe, korang tetap BFF paling happening, gempak, cool, happening, gempak, cool. Berapa kali nak ulang? Haha. Nak cerita semua moments sepuluh hari sepuluh malam pun tak habis. Yang penting, aku sayang and rindu korang sangat sangat sangat *lapan belas kali* tau. :)

Cukup, macam panjang sangat je. Haha, so mereka ni pulak yang kena cerita pasal BFF mereka. Semoga berjaya! Ehehe. ;p

SAYA SAYANG BFF SAYA!

Sunday, December 19, 2010

Kontest Blog Terkemas

Haa, kena tag dengan Cik Nad untuk join Kontest Blog Terkemas ni haa. Walaupun takdelaa kemas sangat pun blog aku ni haa. Tapi takpe laa peghasan kemas pun. ;p

Dah tu, apa lagi korang tunggu? Kalau rasa blog korang tu dah kemas habis dah. Meh join sekali. Limit 1000 orang. Siapa cepat dia dapat. Maklumlah, blog Cik Penganjur memang superb ramai follower dan sangat kemas. Jadi, kalau lambat, nasib laa. Aku ni pun tak tau sempat ke join. Haha, belasah jelaa. ;p

Contest selalunya memang lah kena tag tag orang ni. Makanya, yang menjadi mangsa tag aku ialah ; Ikram, Arol, Icahh. Haa, apa lagi koghang? Meh buat. :)

Sekian, teghimee kaseyy! :)

Wednesday, December 15, 2010

UPDATE CONTEST Si Kucing-Kucing (4)

EH? Katanya sudah tiada update lagi untuk Contest ini? Ya, sepatutnya begitu. Tapi, tiba tiba nak buat update lepas dapat message ini dalam inbox Facebook. :)

Itu kakak saya. Penulis bersama Sepupu Lego. Maknanya, masih ada seorang lagi yang bakal memenangi novel Sepupu Lego ini ; jadinya saya telah memilih lagi seorang pemenang yang akan mendapat novel ini. :)

Ucapan tahniah daripada Komot juga. Hehe. :)

TAHNIAH Alya! :DD

Alya, sila emailkan nama penuh, nombor telefon dan alamat surat menyurat anda ke hafizahtulnaimah@gmail.com untuk dapatkan novel ini ya? :)

Sekian, teghimee kaseyy! :)

UPDATE CONTEST Si Kucing-Kucing (3)

Semua macam tertunggu tunggu update ini. *cehh, yelah tu. hahaha* Okay, bukan semua. Cuma saya je yang tertunggu tunggu nak post UPDATE terakhir ini. UPDATE terakhir? Takde UPDATE lagi? Tapi kenapa? Kenapa? :O

Sebab saya dah jumpa pemenang untuk contest kali ni. Susah jugak nak cari pemenang. Walaupun sepuluh peserta sahaja, tapi macam dah cukup banyak untuk juri tak profesional macam saya ni. Hee. Terima kasih lagi sekali sebab joined contest tak seberapa ni. Jangan lupa kirim salam saya pada semua kucing anda *bagi yang ada kucing*. Haha, apa ade kena mengena ke? ;p

Banyak membebel kerja tak jalan. Jadi, teruskan dengan kerja saya nak bagitahu pemenang CONTEST Si Kucing-Kucing yang akan mendapat sebuah novel Sepupu Lego yang ada cerita macam-macam pasal kucing. Ini ucapan tahniah daripada Komot. :)

TAHNIAH AROL DSHW! :DD

Ini preview hadiah anda. Nak dapat yang betul, sila emailkan nama dan alamat surat menyurat anda ke hafizahtulnaimah@gmail.com.
Kepada yang lain, terima kasih lagi sekali sebab joined contest ni. Ya, saya memang suka cakap terima kasih banyak banyak kali kalau menghargai sesuatu itu dengan sangat. Eheee. Terima kasih. Tengok tu. Haha. ^^

Sekian, teghimeee kaseyyy! :)

Contest Gambar Kenangan Sekolah Dulu Dulu

Tadaaa~ Contest lagi. Hahaha. Contest Gambar Kenangan Sekolah Dulu Dulu oleh Cik Ida. Tapi untuk aku kira Contest Gambar Kenangan Sekolah jela. Takyah dulu dulu, yelahkan, budak sekolah. Heee. Nak join? Silakan click banner ni. :)

Dan ini dia gambar kenangan sekolah saya. :)

Ini muka muka pelajar tingkatan tiga SMK SERI SERDANG :)

Baru lepas mentekanankan diri jawab paper KH PMR 2010. Muka semua nak marrket je. Yelaa, dah habis PMR. Haha, peace yaww. Aku rindu korang kot. :)

Sekian, teghimee kaseyy! :)

Areteacar 1st Contest, Keluarga Bahagia!

Entri Contest jelaa untuk harini. Haha, this one 1st Contest by Areteacar. Contest Keluarga Bahagia. Macam lebih kurang je dengan contest tadi. But, nevermind. Ini banner nya. Macam biasa, nak join, klik banner sahaja okay? :)

Ini gambar keluarga bahagia saya. Penganjur kata gambar candid dapat perhatian lebih kan? So, nah candid ni. Haha, seriau je tengok muka sendiri dalam gambar ni. xD

Sekian, teghimee kaseyy! :)

Contest : THIS IS MY FAMILY

Bosan bosan ni, nak men-joined-kan lah diri untuk Contest : THIS IS MY FAMILY by Munnyra Azmie. Nah, banner. Hadiah lumayan, jom join! Klik je banner ni! :)

Dan ini gambar family yang dipertaruhkan. :)

Baru lepas snorkeling di Pulau Payar. Time ni trip pergi Langkawi. Seriously, best yang teramat sangat time ni. Rasa macam nak pergi snorkeling lagi. Yeahh! :)

Ohh, rindu time snorkeling ni. :)

Sunday, December 12, 2010

UPDATE CONTEST Si Kucing-Kucing (2)


Okay, sekarang tepat jam 12.00 am, 12th December 2010. Maka tamatlah sudah CONTEST Si Kucing-Kucing yang tak seberapa ni. Expired date kan 11th December. 11th December dah lepas, so dah expired lah ni. Jadi, ini dia senarai peserta yang dah men-joined kan diri. *Kalau tiada link anda di sini, sila bagitau dengan kadar segera!*
  1. yong_liza
  2. Eliyana
  3. atieNOTHING
  4. .Alya.
  5. PurpleSakura
  6. Farrah Wahida
  7. Ikram
  8. Nini D..
  9. Nurul HAHA
  10. AROL DSHW
Terima kasih kerana ada juga yang join contest tak seberapa ni. Pemenang akan dimaklumkan secepat mungkin. Tak dapat dikenal pasti tarikh sebenar. Hee, harap bersabar ya kalian semua. :)

Sekian, teghimee kaseyyy! :)

Saturday, December 11, 2010

CONTEST Si Kucing Kucing

ENTRI LEKAT KETEPEK
sehingga tamat expired date,
entri baru di bawah ye.

Dengan ini *bunyi drum* saya persembahkan contest PERTAMA yang dibuat oleh diri sendiri untuk para blogger sekalian. CONTEST SI KUCING KUCING. Nama contest agak pelik. HAHA. Ini banner nyaa. Komot saya jadi DUTA! :)


Syarat-syarat penyertaan adalah seperti berikut (ehem ehem, ayat skema, haha) :
  1. Syarat first yang tipikal. Click butang FOLLOW di sidebar dan jadi follower blog ini. Untuk memudahkan anda juga supaya dapat lihat update contest ini. Bukankah begitu? :)
  2. Buat satu entri blog yang bertajuk CONTEST Si Kucing Kucing. Jangan lupa letakkan banner contest yang di'link'kan terus ke blog ini okay? :)
  3. Dalam entri anda itu, sila nyatakan 3 sebab kenapa anda suka akan makhluk Allah yang dipanggil kucing ini. Kalau boleh biar entri simple, padat dan tepat ya. ;)
  4. Letakkan banner contest ini di sidebar blog anda.
  5. Letakkan link entri anda itu di ruangan komen bahagian bawah ini. :)
EXPIRED DATE : 11th December 2010

Tak susah pun syaratnya. Ada 5 sahaja. Mudah bukan? Hadiahnya? Sebuah novel SEPUPU LEGO untuk satu pemenang yang dipilih berdasarkan entri yang paling cantik menarik tertarik kau memang da bomb di mata juri tak profesional seperti saya dan seorang juri lain. Hehehe. Juri selain saya masih lagi belum ditetapkan. Tunggu sahajalah update contest ini okay?

Akhirnyaa, buat jugak contest ini sendiri. Contest Si Kucing Kucing yang sesuai dengan hadiahnya iaitu novel berkisar tentang kucing. Jadi, takdelah simpan dalam almari sahaja novel SEPUPU LEGO yang extra tu. Hehe. ;)

Marilah join ramai-ramai! :DD

Tuesday, November 30, 2010

Contest Comic Online : Komen dan Menang

Sejak dari haritu lagi Icah dah sibuk dok promote contest ni. Macam tau-tau je aku ni batak contest. Hahaha, teruk betul. Tapi at least pernah menang contest sekali. Haaa, sekarang nak cuba menang lagi. Tehee. Poyos jongos je. ^^
Memandangkan cuti sekolah yang penuh kebosanan ni. Baca komik online sambil join contest okay jugak kan? So, apa lagi mulalah baca komik-komik yang banyak ni. Memang best. Tapi rasanya lah, yang agak best daripada semua semua tu ialah ;
  • Back to skool rocka
  • Budak Bayek
  • Drama King
  • Geng Kusut
  • Hantu Mutan
  • Kuch Kuch Kuching hei
  • Ninja Cipan
  • The story of a man
Banyak betul yang best kan kan kan? Amendeee laa aku ni. Baik cakap suka semua je. Haha, tapi Incik Meo suruh pilih 1 komik yang PALING disukai je. Fuhh, payah betul nak pilih antara lapan ni. Tu laa, banyak sangat yang best.

Namun setelah kuat memikir, mencongak walaupun ini bukan soalan matematik dan menilik walaupun aku bukanlah tukang tilik, akhirnya aku telah membuat keputusan yang muktamad. Ya, muktamad, sebarang surat-menyurat tidak akan dilayan. Aku pilih...

Ninja Cipan by Incik Meo

Kenapa saya suka komik ni? Sebab die besttt. Kenapa saya suka komik ni? Sebab die besttt. Perlu ke ulang? Haha, sudahlah tu, jom baca review. :)

Komik ni cerita pasal 4 ekor cipan bersaudara yang aku rasa memang kiut miut. Diekor ni di bawah bimbingan tok guru kucing yang kiut miut jugak. Cipan cipan sekalian ni nak ubah dunia jadi lebih aman daripada benda benda yang tak aman laa. Itu pasal laa namanya Ninja Cipan. Puas diorang pergi negara ni, negara tu, asyik tak jadi je. Tapi akhirnya, diekor menemui cara yang lebih berkesan nak jadikan dunia lebih aman. Memang adventure jugak laa Ninja Cipan ni.

Mula-mula sekali yang paling aku suka pasal komik ni ialah gaya persembahan web komik eksperimental yang diperkenalkan oleh scott mccloud & choose-your-own-adventure ni. Senang gila nak baca. Scroll pastu click je untuk tengok jalan cerita selanjutnya. Senang kan? Takyah penat dok tunggu page load lama-lama. Siap boleh pilih bahasa lagi, sama ada nak BM atau BI. Cayalah!

Lepastu, aku suka dengan 4 ekor watak cipan yang kiut miut tu. Belum pernah ada orang lukis cipan jadi binatang kiut macam Incik Meo lukis ni. Selalunya orang lukis lembu laa, monyet laa yang jadi comel dari rupa asal. Tapi cipan takde lagi yang comel macam ni. Kan kan kan?

Yang lagi bagusnya, adalah pengajarannya dan aku suka ayat last tu. "When you want to change the world, take a mirror and change yourself first" Bermakna bukan? Ubah diri sendiri barulah boleh nak ubah dunia. Macam ninja ninja cipan yang kiut miut bergaya ni. Tahniah ninja ninja cipan sekalian! :DD

Tahniah jugak buat Incik Meo yang buat contest dengan hadiah best ni. Uiks, memang best kalau dapat t-shirt cipan yang kiut miut menjadi pujaan hati tu. Kalau tak dapat t-shirt pun, karikatur free pon okay jugak. Bende yang free siapa tak suke kan kan kan? Ehehe. Apa lagi korang tunggu? Jom join! :D

Sekian, teghimeee kaseyyy! :)

Sunday, November 14, 2010

UPDATE CONTEST Si Kucing-Kucing


Okay, ini adalah first update untuk CONTEST Si Kucing-Kucing. :)

Atas permintaan Incik Ikram yang sibuk nak SPM dan nak masuk contest ini, EXPIRED DATE untuk contest ni akan di'extend'kan sehingga 11 Disember 2010. Cukup sebulan. ;)

I proudly pronounce that the....

NEW EXPIRED DATE CONTEST Si Kucing-Kucing : 11th December 2010

Jom join ramai-ramai! :)

Tuesday, November 9, 2010

U & Animalia @ Memorabilia

Temanya ; U & Animalia
Penganjurnya ; Memorabilia
Bannernya ; Kecik aje, hehehe.
Ini dia sifat cintakan alam sekitar saya. Ekeke. Tapi ini bukan dalam zoo atau setaraf dengan taman haiwan macam tu. Ini kat taman marine, Pulau Payar jauh ke tengah. Yang keliling keliling saya tu ikan ikan yang cantik menarik tertarik kau memang the bomb! HAHA. Agak agak boleh pakai tak ni Incik Penganjur? Boleh laa yek. Kira ade animalia laa jugak kan? Hehe, ;)

Dah tu, ape korang tunggu lagi? Mai pergi Memorabilia dan masuk contest "U & Animalia" ini. Jom join ramai-ramai! Yehhh! :DD

Sayaa sayangg animaliaa! Ahha, :)

Tuesday, August 10, 2010

Contest Happy Moment

Update secara laju. Jadi, malas nak membebel panjang-panjang. Ada Contest Happy Moment by Muslimah Ladies. Ini banner. :)

Ini gambar penyertaan. Memang happy moment dengan adik-beradik masa pergi Sabah haritu. Ohh, rasa nak pergi lagi laa. Haha. :DD

Jadi, nak tag ALONG and ICAH laa. Hee. :)

Saturday, August 7, 2010

Great Moment with Parents Contest by Sachi Asukai

Kalau dah sekali join contest tu, mesti akan terjumpa contest lain lepas jalan jalan kat blog orang. Jadi, join je laa. Bukan susah sangat pun. Buat essay English lagi susah. Hahaha. :P

Atas ni banner contest dari Sachi Asuka.
Bawah ni gambar dengan mak. :)

Gambar masa kat Sarawak. Haha, time tu baru darjah 5. Suka gambar ni sebab suka bila ingat mak peluk kuat-kuat macam tu. Haha, jangan tanya apsal aku suka pulak bila ingat mak peluk kuat-kuat macam tu sebab entahlaa, aku pun tak tau. Yang pasti suka bila mak peluk kuat-kuat macam tu. :DD

Saya sayang mak saya sebab dia mak yang hebat. Pada saya takde mak yang lebih hebat selain mak saya. Mak saya paling hebat. Mak boleh jadi chef yang hebat sebab masakan mak hebat. Mak boleh jadi suri rumah sepenuh masa, separuh masa, sesuku masa. Haha. Mak jugak boleh jadi pengurus taska, tukang jahit langsir, pemandu budak kelas khas dan budak tadika, pembuat kuih dan banyak lagi. Kan saya dah kata mak saya mak yang paling hebat. :DD

Mak ajar saya masak nasi sebab itu je laa yang saya reti masak pun. Hahaha. Mak ajar saya gosok baju sendiri, mak ajar saya basuh baju sendiri, mak banyak ajar saya berdikari. Nanti saya nak belajar banyak lagi dengan mak. Mak pun dah macam cikgu. Aishh, kan saya dah kata tadi mak saya paling hebat. Semuanya mak boleh jadi. :)

Jadi, kesimpulannya mak sayalah yang paling hebat sekali dan saya sayang mak saya. Mak orang lain saya tak tahu. Mak anda macam mana? Mari luahkan rasa sayang sambil join contest. Bila dapat hadiah, boleh kongsi dengan mak. Boleh kongsi dengan ayah jugak. :)

Nak tag ; Along dan Asy yang suka berjimba-jimba dekat blog ni. Ahaha. :DD

Saya sayang mak ayah saya. :)

Pefume-A-Holic Contest

Mari join contest. Perfume-A-Holic Contest. Hadiahnya perfume. Ohh, kebetulan perfume dah nak habis. Hee. :)

Encik penganjurnya ialah Encik Ikram iaitu pengumpul perfume paling cool memandangkan dia juga Datuk Bandar Seri Serdang. Haha, nak menang kena bodek. Kipas kipas kipas. :P

Bila minta slogan aku jadi hampeh sikit. Tapi takpe, cuba try test je. Haha. Kenapa slogan kurang 5 patah perkataan je Encik Ikram? Banyak sikit tak boleh? Jangan banyak songeh. Nanti kau kena reject. Haha. Jadi, ini slogannya ; Apabila ber'perfume' saya rasa cool! Haha, belasah jelaa. :DD

Haa, sudah Encik Ikram. Terima kasih kerana menjemput. Nak menang perfume mailaa join beramai-ramai. :DD

Thursday, June 17, 2010

Eikasyaza's Green Contest

Contest lagi. Haha. Kali ni dari EikaSyaza. Contest berbaju hijau dikelilingi kehijauan. Aww, saya pun suka hijau lah puan penganjur. Hehe. Jadi macam biasa,
ini banner contest ;


dan ini gambar yang dipertaruhkan ;

Berbaju hijau dan dikelilingi kehijauan di tepi sungai. Masa ni berkelah di Janda Baik. Wahh, hijau mata memandang. Hehehe. x)

Mari semua join join. Biar berpinar mata puan penganjur nak pilih pemenang. Jadi, mari lihat syarat di SINI. :)

Sekian, terima kasih. :)

Sunday, June 13, 2010

Contest Bergaya Dengan Baju

Mari masuk contest lagi! Weee~ Kali ni Contest Bergaya dengan Baju. Dijemput tau ni. Terima kasih kepada cik penganjur yang menjemput saya. Ini banner contest.

Ini gambar bergaya dengan baju. Bergayalah sangat. Haha. x)

Masa jalan kat Kota Kinabalu, Sabah.
Baju tu baju pinjam tapi dah jadi hak milik dah sekarang.
Hahaha, yang penting aku memang suka baju tu okay. :)

Ringkas untuk memudahkan cik penganjur.
Ahh, keje aku membodek penganjur je. Hahaha. x)

Sekian, terima kasih. :)

Saturday, June 5, 2010

Contest : Anda Photogenic?

Contest lagi. Well, biasalah kan. Haha. Contest : Anda Photogenic? yang boleh didapati di blog Cik Izyan. Jadi, dapatkan sekarang sementara belum 30 June 2010 ini. Hehe. Promotion tu penting bagi membodek cik penganjur. HAHA! Kepala hotak aku! xDD


Gambar photogenicnya, walaupun aku tak pasti sama ada gambar ni photogenic atau photogedik. Hahaha. Gilaa, :PP

Cik penganjur memberi arahan supaya explain kenapa suka gambar tu and tag minimum 3 orang. Arahan penganjur tuuu, kena roger laa kan.

Jadi, suka gambar ni sebab cara duduk tu kot. Ada style gitu. Maaf jika itu hanya perasaan sendiri. HAHA! Ada orang pernah comment sewaktu gambar ni menjadi default Myspace, katanya macam pengacara. Haha. Boleh jugak tu. xDD

Jadi lagi, yang menjadi mangsa tagnya ;
  1. Pn. Along (Pn. ye Along, jangan nak jadi cik, HAHA)
  2. Cik Icah (sambil jerit, "ICAH! Aku tag kau ni," haha)
  3. Cik Nad (birthday girl gituu, hehe)
Sekian, terima kaseyy! Itu sahaja entri contest untuk hari ni (kot). Haha. :PP

Contest Tas Tanganku dan Aku

Kan dah cakap, hari contest ni. Haha, mempersembahkan Contest Tas Tanganku dan Aku anjuran Cik Nadia Shafiqa yang dijumpai di blog Cik Paro. Hehe. :)

Banner,

Gambarnyaaa,

Kalau tak buat hati Cik Nadia Shafiqa geli tak tahulah kan. Haha, meh saya geletek hati Cik Nadia. Hahaha. Sudah menggila, maaf cik penganjur. HAHA. xDD

Gambar tu ada dua beg kan? Actually beg aku yang aku pegang di depan itu. Nama scientificnya, beg sekolah. Nama glamournya, beg bintang. Haha, sayang gila beg tu okay. Dah dekat dua tahun pakai tu. Haha. :PP

Beg sling tu Icah punya, pinjam je. Tapi tak tau laa kalau dia dah bagi aku terus kan. Betul tak Icah? Kau dah tak pakai kan beg tu kan? Bagi aku jelaaa. HAHAHA. :PP

Wooo~ :DD

Contest Cik Aleng Indah

Wohoo. Contest datang lagi. Walaupun tak pernah menang, apa salahnya mencuba kan? Haha, memang muka aku takde luck gamaknya. Whatever lah. ;PP

Kali ini Contest Cik Aleng Indah yang menggemari keindahan. Yelaa, kalau tak apa pasal laa Cik Aleng buat contest keindahan Malaysia ni kan? Betul tak Cik Aleng? Hehehe. Contest yang bagus untuk meningkatkan industri pelancongan di Malaysia. Cuti-cuti Malaysiaa! (ayat bodek penganjur, HAHAHA) ;P
Tadaa, banner contest! Biasalah contest kena ada banner. Tanpa banner, hambarlah contest. Macam tanpa gula, tawarlah sirap. Hahaha, pasal banner pun nak melalut panjang. ;P

Cik Aleng mahu gambar di tempat-tempat menarik yang ada dalam Malaysia ni kan? Jadi ini diaa, gambar yang dipertaruhkan. Terimalah seikhlas hati Cik Aleng. xDD

Gambar di Kundasang, Sabah, Malaysia. Okay, nak buat slogan ni yang tidak melebihi 30 patah perkataan. Nak bagi simple sepertimana yang diarahkan oleh Cik Aleng. Okay, Cik Aleng, roger that. Hehehe. xDD

Saya rasa tempat ni indah kerana ada awan-awan yang cantik, gunung yang hensem, nampaknya gunung itu dikelilingi awan-awan yang cantik sepertimana pakwe yang dikelilingi makwe-makwe yang cantik dan udaranya yang nyaman menambah lagi keindahan. :)

Haa, dah, itu sahaja. Tunggu jelaa kalau ada lagi entri contest. Haha, baru habis exam lah katakan. Semalam hari movie, hari ni hari contest. Wooo~ :DD

Jom jalan-jalan cari contest! Hahaha. xDD