SURPRISEEEEEEEEEEEEEEEE!
Setelah stuck 2 tahun lepas dekat entry Trip Sabah. Saya kembali menaip lelaju di sini. Terkejut tak? Terkejut tak? Hahahaha, jap. Ada orang baca lagi ke blog sawang ni? Dah nak masuk tahun 2021 dah weh?! Korang baca lagi ke blog ni? 😅
2 years since my last entry. Apa dah jadi dengan pencerita Cerita Kehidupan ni? Hidup lagi ke dia? Punya lama tak ceritakan kehidupan dia dalam versi panjang panjang. Entry last 2018 tu pun sebenarnya cerita sebenar dia 9 bulan sebelum tu. Hahahaha, apa nak jadi tah. Ini pun entry draft from August bulan December baru publish. Apo?
Mari throwback sikit dan summarize cerita kehidupan saya. Ini pun untuk kenang kenangan aku jugak. Sekali sekala pandang belakang and tengok apa aku dah achieve sampai sekarang ni kan. Baru lah rasa diri ni begitu berharga. Hihihihi.
FEBRUARY 2018 - JULY 2018
Intern life. Boleh consider as first work experience la kan. First encounter boss, meeting dengan colleagues semua. Intern offer haritu dah ada cerita sikit kan. Haha. Tapi harap maklum office tu jauh nun kat Batu Berendam, rumah aku kat Kuala Sg. Baru. Pergi balik, 80+ km and lebih kurang 2 jam atas jalan setiap hari. Kereta pinjam kena service 2 bulan sekali, punya la jauh perjalanan. Huhuhu.
Nasib baik masa pergi kerja, pergi sekali dengan kakak. Ada member nak menyinggah petang petang, nak menyembang takdela boring. Tapi member pun pepagi selalu barai, belum sempat keluar pekan dah kroh kreh kat sebelah. Apo? Hahaha.
Hujung intern, menggelabah apply kerja macam macam. Tapi dah tak simpan harapan sangat nak kerja luar Melaka, tapi kena tahan jela office semua jauh jauh dari rumah. Semua lingkungan 30 km ke atas. Apa lah nasib rumah di huluuuuu. Tak minat sambung kerja as intern tu sebab more to jaga system je and macam tak nampak apa hasilnya. Kengkonon kan, padahal apply juga job scope lebih kurang sama tapi graduate trainee position.
At the same time jumpa kerja as programmer. Apply, interview, dapat mini probation start betul betul lepas intern habis. 2 minggu mini probation sebelum diterima masuk kerja. Tapi sebab dapat offer lagi menarik, sampai lupa cita cita. Hahahaha.
AUGUST 2018 - AUGUST 2019
Setahun kontrak kerja as graduate trainee je. Bertukar tukar team and kerja every 3 months. Jumpa macam macam orang and team mates. Jumpa kawan kawan kerja yang paling best di muka bumi abad ituuu. Sampai sekarang dah tukar kerja pun rasa rinduuuu lagi aduhai.
Dari segi kerja, masih OK walau takde jiwa. Tu la kau, mudah kabur mata sampai lupa cita cita. Hahaha. Tapi tetap bagus sebab terlalu banyak yang aku belajar daripada 1 tahun ni. Banyak membantu teruk dalam membentuk aku untuk menjadi seorang yang profesional. Help me a lot from zero to hero.
AUGUST 2019
Dah habis jadi trainee dapat la kerja tetap. Tapi still tak dapat benefit permanent sebab kerja under kontrak lagi. Dapat team semua lelaki, leader je perempuan. Rasa tersisih sikit dari segi tu tapi semua macam abang abang yang sangat baik. Leader pulak, tak pernah jumpa yang padu macam beliau. Supportive, assertive but very professional. Seriously, the environment was really really really extremely good, but the job scope was really not my cup of tea. Tetap bersyukur and sebenaranya ada plan lain. Hihihihi. Genap 6 bulan lepastu, aku pun resigned.
FEBRUARY 2020
Kenapa aku resigned? Kan environment dah really really really extremely good? Hm tu lah, sebenarnya rasa sayang sikit. Tapi lagi sayang yang lain kot. Eh? Sayang siapa ni?
Sayang ni lah.......
Hehehehe. Ye semua, budak blogger hingusan ni dah jadi Puan. Puan kepada budak lelaki hingusan yang juga selalu jadi bahan cerita blog ni. Remember? Ni lah contoh cerita cerita pasal dia. INI, INI, atau INI. Hahahaha.
Kalau throwback lagi jauh sikit, since 2009 dah start cerita pasal dia. Sumpah cringe gila bila baca balik. Budak hingusan 14 tahun yang cerita kan. Ada jugak a few yang aku draft, pun pasal dia. Hahaha bila baca balik, serius rasa segan rasa kelakar rasa excited rasa unexpected semua la ada. Nasib baik tak sia sia asyik cerita pasal dia, sebab finally, he's the one jugak yang nak pimpin tangan aku ke Syurga. InsyaAllah. Doakan ye semua. Hiks.
Dan, dia jugak telah pimpin tangan aku bawak duduk dekat Serdang balik. Hi orang Serdang, remember me? Rasa kelakar jugak sikit, dulu konon tinggalkan Serdang macam takde harapan dah pulang semula. Last last duduk sini balik. Ceh.
MARCH 2020
Pindah rumah kena lah pindah kerja. Sebab dulu dah lupakan cita cita, terfikir la nak start balik aiming for that cita cita but what I got was a hell of job life. Life got tougher. MCO took place, everything starts to crumble. Ha begitu tragic ceritanya. Hahahaha. Siapa sangka, ngam ngam many new things happened to me, the new virus also affected me. Aku tak dapat pergi kerja kat office, tak dapat good exposure, good learning curve or good environment seperti yang aku expect.
APRIL 2020
Macam macam aku belajar sebagai newly started Puan. Terutama sekali, of course la masak. Umum mengetahui bahawasanya aku lah orang paling tak reti ke dapur sekali masa kat rumah Mak. Hahaha, ye aku mengaku dan itu adalah teruk. Dah terlambat pun nak menyesal.
Tapi kini tidak lagi, didorong dengan baru menjadi Puan, kena kerja dari rumah, suami tak kerja, hari hari duduk rumah tak ke mana, maka macam macam la aku cuba masak sendiri dan juga bersama suami. Ehek, lepasni blog cerita kehidupan boleh jadi blog resepi masakan la. HAHAHA acah gila padahal kau pun tak habis habis replay video Che Nom kalau nak masak. OKBYE.
MAY 2020
First time weh raya tak dapat jumpa family. Real punya sedih. Seminggu sebelum raya aku dah start nangis sikit sikit. Sehari sebelum raya, aku termenung sendu. Malam raya, kaw kaw nangis tersedu sedan. Hahaha, siapa sangka raya pertama sebagai Puan betul betul dia bagi beraya berdua je. Sumpah weh sedih gila. Nah, gambar kenangan raya pertama di rumah masing masing. LOL.
JUNE 2020
Sebab kan terlalu tak boleh pergi, aku pun nekad...
Finally got out of a mess. Live a calm life but full series of interviews, exams and tests. Jadi suri rumah separuh masa sebab boleh kata almost hari hari ada interviews. Dalam seminggu tu, mesti ada satu hari yang pagi ada interview, petang pun ada jugak. Kau bayangkan lah, aku sampai tak rasa nervous langsung pergi interview dah. Punya la dah jadi rutin sebulan, sampai sebelum pergi interview pun sempat grocery shopping, lepak dengan member dan aktiviti pelik sebagainya. Hahaha.
JULY 2020 - PRESENT
Started a new mess. But kind of mess that I like it. Living my dream, as a web developer, surrounded by I can say a good environment. Salah satu interview yang aku pergi lepas grocery shopping la yang aku dapat kerja. Hahaha, maknanya kalau rezeki tak ke mana. Ha gitu la lebih kurang. Sambil sambil tu tak habis habis attend interview kerja government sector. Lol, macam tah hape hape kan tapi zaman sekarang ni rasa macam lebih memerlukan kestabilan daripada benda lain. Thus, the journey continues...
Sekian. Itulah kehidupan. Timeline aku pun kemain kan macam tulis resume. Hahaha. Ada naik turun, sekarang baru nak start membangunkan diri dan keluarga. Weh, tak sangka dah ada keluarga. Hehehehe. Budak bongok ni tetiba dah berkeluarga, walaupun keluarga kecik je dua orang hari hari duduk menghadap berdua je. Ye, fasa nak start stabil. So kena stabil dulu la sebelum ada orang ketiga keempat dan seterusnya. Hahaha, again doakan ye.
Kalau ada masa lagi nak terus update blog ni. Tapi tu kalau la ye. Tak janji. Hahaha k k geraklu, paperoger. Thanks kalau sudi baca summary kehidupan yang entah apa apa ni. Byeeeeeeeee!
No comments:
Post a Comment